Saturday, 16 November 2013

Buat Pertama Kali

Bengkel kereta di Pagoh.!

Salaam...
Buat pertama kalinya Salaam Workshop buat blog. Saje je buat promosi kat blog. Nak buat web belanja besar. So kita start slow-slow. Slow and steady to win a race. Ayat tu cikgu tulis kat susur gajah sekolah rendah aku dulu. Bengkel ni dahulu bapak aku yang handle. Bengkel Kereta Tawakal. Sekarang bapak aku dah nak retired, so bapak aku wariskan pada aku dengan adik-adik aku. Ini sahaja harta yang bapak aku ada. Nak bagi tanah ada lah sekangkang kera kat Parit Sulong. Berapa besar lah sangat nak bahagi-bahagi kat anak-anak.
Senang cerita bengkel kereta pagoh ni bapak aku founder dia. Sekarang ramai apprentice bapak aku yang dah meniaga bengkel kereta jugak. Kami sama-sama tolong. Bapak aku ni tak lokek ilmu. Ada orang yang belajar bapak aku terima je. Tapi kalau nak kerja, sori lah beb. Bapak aku belum mampu lagi nak bayar gaji. Banyak tanggungan.
Ok lah. Lain kali sambung.


Anak dara bila bawak CR-X


Kerja-kerja men'scrapt' kereta burok


Jentera juga sedia dibaiki


Technique fotografi juga ada buat. Ha..Ha...Ha....


Low cost maintenance pun kita ada buat maa....


Engine bay painting


Assemble interior lepas painting satu body


No comments:

Post a Comment